27 November, 2007

hokage

Hokage Pertama

Beliau merupakan pengasas kampung Konoha. Beliau juga ialah abang kepada Yang Kedua dan datuk kepada Tsunade yang kini merupakan Hokage Kelima. Beliau melihat penduduk kampung sebagai sebahagian daripada dirinya dan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Telah didedahkan juga bahawa Orochimaru menggunakan DNA beliau dalam satu eksperimen genetik dengan menyuntik DNA beliau kepada 60 subjek uji kaji. Hanya seorang sahaja yang tidak terkorban - Yamato. Orochimaru sebenarnya cuba mereplikasi jurus Yang Pertama yang unik iaitu teknik 'Mokuton, 木遁' ( Elemen Gabungan: Kayu) dan kebolehan mengawal syaitan berekor. Kebolehan ini dibantu oleh rantai yang diberikan kepada Tsunade dan kemudiannya diberikan kepada Naruto setelah Tsunade tewas dalam pertaruhan.

Dalam manga bab 336, Kakuzu pernah bertarung dengan Yang Pertama.

[sunting] Hokage Kedua

Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Dalam anime, bekas Jonin Konoha Rokusho Aoi pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh Uchiha Sasuke dan Uzumaki Naruto.

[sunting] Hokage Ketiga

Rencana utama: Hokage Ketiga

[sunting] Hokage Keempat

Nama sebenar beliau ialah Namikaze Minato. Isteri beliau ialah Uzumaki Kushina. Dikenali sebagai 'Kilat Kuning Konoha'. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.

Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning dan kumpulan darah yang sama (B). Ini kerana Minato sebenarnya adalah ayah kepada Naruto bersama isterinya yang berasal dari negara perolakan (Uzumaki Kushina)tetapi personalitinya jauh berbeza daripada Naruto. Beliau seorang yang tenang dan tegas seperti yang di katakan oleh gurunya Jiraiya. Naruto lebih menyerupai sifat ibunya manakala rupanya lebih kepada ayahnya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai 'peninggalan' Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, "Harap maaf, Yang Keempat." Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.

Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti 'Hiraishin no Jutsu, 飛雷神の術' (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan 'Rasengan'. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi dengan Shiki Fuujin.

Tidak ada komentar: