27 November, 2007

tentang neji

Hyuga Neji

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Hyuga Neji menggunakan Byakugan
Hyuga Neji menggunakan Byakugan

Hyuga Neji ialah salah satu watak dalam siri anime dan manga Naruto.

[sunting] Latar Belakang

Hyuga Neji ialah ahli dalam Pasukan Guy yang merangkumi dirinya, Rock Lee dan Tenten. Neji dan Lee saling bersaing seperti Hatake Kakashi dan Might Guy. Lee bertekad untuk membuktikan bahawa dirinya yang dilihat sebagai suatu 'kegagalan' masih dapat mengalahkan 'genius' seperti Neji. Tetapi, Neji tidak berminat langsung terhadap cita-cita Lee. Neji dapat bergaul dengan Tenten tanpa apa-apa masalah besar. Tenten pula sering membantu Neji berlatih dengan melontar senjata kepada Neji untuk dielak atau dihadang. Neji dan Tenten juga berkongsi pendapat tentang perangai Lee dan Guy yang agak ekstrem.

Sebagai ahli keluarga Hyuga, Neji mewarisi kekkei genkai Byakugan yang membenarkannya melihat aliran chakra pihak lawan. Dengan ini, Neji boleh menghentikan aliran tersebut dengan teknik Juken. Sebagai ahli keluarga bawahan, Neji tidak akan berpeluang mempelajari jurus rahsia Hyuga. Namun demikian, Neji masih berjaya menguasai beberapa teknik terkuat dengan sendirinya, malah mencipta beberapa teknik baru yang unik. maka, tidak hairanlah Neji dikenali sebagai ninja genius dan tamat pengajian di Akademi sebagai rookie nombor satu.

Disebabkan ayahnya, Hyuga Hizashi ialah ahli kepada keluarga Hyuga bawahan, Neji turut dilahirkan ke dalam keluarga bawahan. Maka, Neji ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga' pada usia yang muda supaya ahli keluarga utama dapat mengawal tindak tanduk Neji. Hizashi mengeluh tentang nasib Neji yang dilahirkan ke keluarga bawahan meskipun memiliki potensi dan bakat istimewa dan tidak mungkin dapat menjadi setaraf dengan keluarga utama.

Si kecil Neji selepas ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga'
Si kecil Neji selepas ditanda dengan 'tanda keluarga bawahan Hyuga'

Oleh sebab itu, Hizashi dan kemudiannya, Neji membenci keluarga utama. Apabila masa berlalu, kebencian Neji terhadap keluarga utama kian menyala apabila meyedari bahawa ayahnya dikorbankan demi menyelamatkan nyawa Hyuga Hiashi, abang kembar Hizashi. Disebabkan kejadian itu, Neji berfikir bahawa nasib seseorang telah ditentukan sejak dilahirkan lagi dan tidak kira apa-apa yang diusahakan, seseorang tidak boleh melarikan diri daripada nasib. Pemikiran sedemikian menyebabkan Neji membenci keluarga utama dan semua ahlinya.

Tidak ada komentar: