17 November, 2007

ninja cunin konoha

Akimichi Choji

Lihat artikel utama Akimichi Choji

[sunting] Inuzuka Hana

Merupakan kakak kepada Inuzuka Kiba. Hana ialah seorang doktor haiwan yang disegani. Anjing peliharaannya ialah 'Haimaru Sankyodai' (Kembar Tiga Haimaru).


[sunting] Hyuga Hinata

Lihat artikel utama Hyuga Hinata


[sunting] Yamanaka Ino

Lihat artikel utama Yamanaka Ino


[sunting] Umino Iruka

Iruka ialah seorang guru di Akademi Ninja Konoha dan mempunyai satu parut yang melintangi mukanya sejak kanak-kanak lagi. Iruka pernah menjadi guru Uzumaki Naruto dan mereka berdua mempunyai hubungan yang istimewa. Iruka mengambil berat terhadap Naruto memandangkan dia juga membesar tanpa asuhan ibu bapa. Dia juga ialah orang pertama yang mengakui kewujudan Naruto. Naruto pula amat menyayangi Iruka dan melihat Iruka sebagai ganti ayahnya. Mereka berdua amat gemar makan ramen di Ichiraku Ramen.

Kedua-dua orang tua Iruka dibunuh oleh Kyubi yang dikurung di dalam badan Naruto tetapi dia tidak pernah menyalahkan Naruto atas kematian mereka; Iruka faham bahawa Naruto bukan Kyubi yang sebenar. Dia dapat mendalami emosi dan perasaan Naruto kerana dia juga pernah berlagak lembap dan nakal untuk menarik perhatian orang lain. Iruka berasa kesal kerana tidak dapat membuat lebih banyak untuk Naruto dan selalu bimbang akan keadaan Naruto. Oleh sebab itu, Iruka tidak dapat melihat potensi sebenar Naruto.

Tidak banyak yang diketahui tentang kemahiran ninja Iruka tetapi telah dibuktikan bahawa Iruka berkebolehan melakukan ninjutsu dan genjutsu yang asas. Dalam Bahagian Kedua, Iruka masih berada di pangkat yang sama dan melakukan tugas yang sama.


[sunting] Tatami Iwashi

Dalam Bahagian Kedua Ujian Chunin, Iwashi menunjukkan kehadiran Gaara dan rakan sepasukannya melalui video pengawasan kepada Anko. Dia kemudiannya dilihat sepasukan dengan Namiashi Raido, Shizune dan Shiranui Genma. Selepas Genma dan Raido ditewaskan oleh Bunyi Empat, Iwashi ingin mengejar mereka bagi membalsa dendam atas rakan sepasukannya tetapi dihalang oleh Shizune.


[sunting] Kamizuki Izumo

Izumo dan rakannya, Hagane Kotetsu cuba mengadakan Ujian Chunin pertama yang tidak rasmi. Sebelum Ujian Chunin yang sebenar bermula, Kotetsu menggunakan 'Magen: Kokoni Arazu no Jutsu, 魔幻・此処非の術' (Ilusi Syaitan: Jurus Persekitaran Palsu) untuk menngubah nombor bilik perjumpaan. Kemudian, mereka cuba meyakinkan Genin lain untuk menyerah kalah. Dia dan Kotetsu menyamar sebagai Genin dan mengatakan bahawa mereka telah gagal Ujian Chunin sebanyak tiga kali. Mereka ialah pengawas bagi Bahagian Pertama Ujian Chunin.

Dalam siri anime, selepas Hokage Kelima menduduki jawatannya, Izumo dan Kotetsu bertindak sebagai pembantu peribadinya. Mereka juga melayan Naruto dengan mesra. Mereka berdua merupakan pengawal laluan keluar masuk Konoha.

Mereka berdua berada dalam pasukan yang sama dengan Sarutobi Asuma dan Nara Shikamaru dalam Niju Shotai. Semasa pertempuran dengan ahli Akatsuki, Kakuzu, Izumo menggunakan 'Suiton: Mizuame Nabara, 水遁・水飴拿原' (Elemen air: Medan Cecair Lekit) untuk memerangkap Kakuzu sementara Kotetsu memulakan serangan. Taktik ini gagal dan mereka berdua diserang balik oleh Kakuzu.

[sunting] Inuzuka Kiba

Lihat artikel utama Inuzuka Kiba


[sunting] Hagane Kotetsu

Kotetsu dan rakannya, Kamizuki Izumo cuba mengadakan Ujian Chunin pertama yang tidak rasmi. Sebelum Ujian Chunin yang sebenar bermula, Kotetsu menggunakan 'Magen: Kokoni Arazu no Jutsu, 魔幻・此処非の術' (Ilusi Syaitan: Jurus Persekitaran Palsu) untuk menngubah nombor bilik perjumpaan. Kemudian, mereka cuba meyakinkan Genin lain untuk menyerah kalah. Kotetsu dan Izumo menyamar sebagai Genin dan mengatakan bahawa mereka telah gagal Ujian Chunin sebanyak tiga kali. Mereka ialah pengawas bagi Bahagian Pertama Ujian Chunin. Biasanya, dia mengenakan seragam standard Chunin. Dia juga mempunyai tanda segi empat pada dagu dan pipinya dan mengenakan sehelai kain yang melintangi hidung dan pipinya.

Dalam siri anime, selepas Hokage Kelima menduduki jawatannya, Izumo dan Kotetsu bertindak sebagai pembantu peribadinya. Mereka juga melayan Naruto dengan mesra. Mereka berdua merupakan pengawal laluan keluar masuk Konoha.

Mereka berdua berada dalam pasukan yang sama dengan Sarutobi Asuma dan Nara Shikamaru dalam Niju Shotai. Semasa pertempuran dengan ahli Akatsuki, Kakuzu, Kotetsu menggunakan skrol penyeruan untuk menyeru sejenis senjata yang sangat besar dan dipenuhi hiasan. Senjata ini tidak sempat digunakan kerana Kakuzu menangkap leher Kotetsu dan Izumo terlebih dahulu.

[sunting] Mizuki

Merupakan pembantu Iruka di Akademi. Selepas Uzumaki Naruto gagal dalam ujian kelulusan, Mizuki merancang untuk mencuri skrol larangan Konoha dengan menggunakan Naruto sebagai kambing korban. Rancangan Mizuko gagal apabila Iruka menjumpai Naruto dahulu. Satu perlawanan tercetus dan berakhir apabila Naruto menyelamatkan nyawa Iruka dengan menghasilkan seribu klon bayang dan membelasah Mizuki sehingga tidak sedarkan diri.

Dalam anime, Mizuki muncul semula dalam episod 142. Selepas peristiwa di atas, dia dipenjara di Konoha. Walaupun laporan asal menunjukkan bahawa Mizuki bertindak sendirian dalam cubaan memperoleh skrol larangan, hakikatnya Mizuki merupakan seorang ninja di bawah arahan Orochimaru. Sehelai kertas yang cuba diseludup masuk ke dalam penjara sampai ke tangan Tsunade dan disyaki sebagai senarai bahan perubatan yang telah dirampas daripada Orochimaru. Mizuki kemudiannya mengetuai pemberontakan di penjara dan menghantar Lagenda Adik-Beradik Bodoh, Fujin dan Raijin kepada Orochimaru.

Mizuki juga mempunyai tatu pada tangan kanannya yang diberi oleh Orochimaru. Tanda itu merupakan arahan untuk mencampur beberapa jenis bahan bagi menghasilkan sejenis ubat. Mizuki bertemu dengan tunangnya, Tsubaki yang merayu kepada Mizuki agar menghentikan rancangan jahatnya. Mizuki kemudiannya merempuh masuk ke dalam bilik simpanan ubat keluarga Nara dan mencampurkan bahan-bahan yang dicuri untuk menghasilkan ubat yang dipercayai dapat memberinya kuasa. Setelah meminum ubat tersebut, Mizuki berubah menjadi manusia-harimau dengan ketangkasan dan kekuatan berganda. Tetapi, kuasa Mizuki berkurangan secara mendadak dengan tiba-tiba dan mula menua dengan cepat. Tsunade berjaya menyelamatkan nyawanya dan selepas itu, menyoal siasat Mizuki tentang lokasi Orochimaru.

[sunting] Uchiha Obito

Lihat artikel utama Uchiha Obito


[sunting] Rin

Merupakan seorang ninja perubatan dan rakan sepasukan Hatake Kakashi dan Uchiha Obito di bawah pimpinan Hokage Keempat. Dia mesra orangnya dan mengambil berat terhadap rakan-rakannya. Dia meminati Kakashi, tetapi Kakashi tidak mengendahkannya. Sebaliknya, Obito menyukai Rin tetapi Rin tidak mempedulikan Obito.

Semasa Rin diculik oleh shinobi dari Iwagakure, Obito dan Kakashi berusaha untuk menyelamatkannya. Kemudian, Obito dihempap oleh batuan besar dalam cubaan menyelamatkan Kakashi. Atas permintaan Obito, Rin menjalankan transplan mata ke atas Kakashi (mata Sharingan Obito diberikan kepada Kakashi). Selepas itu, Kakashi bersumpah untuk melindungi Rin dengan nyawanya atas permintaan Obito.

[sunting] Rock Lee

Lihat artikel utama Rock Lee


[sunting] Haruno Sakura

Lihat artikel utama Haruno Sakura


[sunting] Nara Shikamaru

Lihat artikel utama Nara Shikamaru


[sunting] Aburame Shino

Lihat artikel utama Aburame Shino


[sunting] Suzume

Seorang guru Akademi yang mengajar kelas istimewa bagi ninja perempuan. Dia telah mengajar Sakura, Ino dan ninja perempuan lain dalam satu imbas kembali.

[sunting] Tobitake Tonbo

Sebagai Chunun elit Konoha, dia mengawas Bahagian Pertama Ujian Chunin. Apabila seorang Genin mempersoalkan keupayaannya dalam menangkap Genin yang menipu, Tonbo menendangnya di perut dengan lututnya sebagai jawapan.

[sunting] Nara Yoshino

Merupakan ibu kepada Nara Shikamaru dan isteri kepada Nara Shikaku. Walaupun bersikap suka mengarahkan orang, dia mempunyai personaliti yang manis dan kembut. Dia suke mengongkong suaminya, seperti yang dikatakan oleh Shikamaru dan kedua-dua anak dan ayah agak takut akannya.

Jalan cerita tamat di sini.

Tidak ada komentar: